Jumaat, 9 Januari 2009

Sukan Tahunan Hidayah 09


Sukan Tahunan hidayah 2009

pada 24 Januari 2009 sekolah hidayah telah mengadakan sukan tahunan di stadium Tan Seri Dato Hassan Yunus. munkin sukan kali ini tidak sama seperti sukan tahun sebelum ini. sebelum ini sukan diadakan di padang sekolah tapi kali ini telah diadakan di tadium. biasanya sekolah akan mengadakan sukan tara dimana semua murid turud serta dalam pertandiagan. Setiap rumah sukan akan memilih wakil dalam setiap acara sukan tara untuk memasuki acara sukan akhir. dimana wakil-wakil ini akan melawan antara rumah sukan masing-masing. acara kemuncaknya akan diadakan di stadium, biasanya acara yang dipertandingkan di stadium seperti perbarisan, sorakan dan larian. keputusan sukan tahunan kali ini ialah, dalam acara perbarisan dimenangi oleh rumah merah, acara sorakan dimenangi oleh rumah biru dan kemuncaknya dimenangi oleh rumah merah (pertama) diikuti oleh rumah biru (kedua), rumah kuning (ketiga) dan terakhir rumah hijau. munkin pelik sedikit pada tahun ini, biasanya rumah yang menang adalah rumah hijau namun tahun ini dimenangi oleh rumah merah. jadi kepada rumah hijau jangan terlalu bongkak dan bangga. saya doakan agar rumah kuning akan menjadi juara pada tahun depan iaitu 2010......insyaallah.....wassalam.






Rabu, 7 Januari 2009



Hari Gembira Selepas PMR


selapas tamat PMR pada tahun 2008, kumpulan MDP Muhammad Syihan dan Mohd qutaibah, telah mengadakan rehlah ke Star Hill. tempat ini tidak jauh dari Sekolah Hidayah kira-kira dalam 5Km sahaja dan mengambil masa salama 5minit untuk sampai ke destinasi ini. Star Hill ini biasanya dibuka pada jam 9.30. disini ana suka untuk menceritakan pengalaman ana mengikuti rehlah bersama MDP Syihan dan Qutaibah. Rehlah ini bermula di sekolah hidayah, ahli-ahli MDP semua berkumpul di sekolah. ana dan kawan baik ana Amni dengan tidak malunya mengikuti mereka (kumpulan MDP) ke rehlah ini. kami bertolak menuju ke destinasi pada pukul 9.45 pagi dengan menaiki kereta my mother iaitu ustzh Wan Noraini. setelah tiba disana kami terus mendaftar untuk masuk. harga seorang remaja RM10-RM15(hari cuti). sebelum kami bermandi manda kami bermain bola dahulu, disana disediakan sebuah padang, tetapi taklah besar sangat. Kemudian,setelah tamat dan penat bermain, kami baru mulakan mandian. Disana terdapat sebuah gelongsor yang besar, disitu hanya boleh bergelongsor dengan menggunakan pelampung yang disediakan. Kami mandi sambil mangambil gambar. setelah seronok bermandi manda sehingga tak ingat dunia akhirat akhirnya berlaku sebuah teragedi. dikawasan yang paling dalam disitu terdapat sebuah replika berbentuk sebuah kapal. oleh kerana seronok sangat, kami semua pergi ke kapal itu, saya adalah orang yang pertama tiba di kapal dan masih ramai yang berada didalah air dan menuju ke kapal tersebut. oleh kerana terlalu dalam, dalam jarak 1.8meter maka kawan baik ana syihan tiba-tiba terkapai-kapai meminta tolong, dalam keadaan begitu penjaga di Star Hill tersebut memberi amaran agar semua jauhkan dari tempat dalam itu, ketika ana hendak cuba untuk menyelamatkan syihan tiba-tiba afiq arif terjun dan meluru kearah tersebut. setelah afiq dapat mencapai badan syihan namu beliau ikut serta terkapai-kapai, akhirnya qutaibah melemparkan pelampung dari atas kapal dan dengan pelampung tersebutlah dapat menyelamatkan kedua-dua orang tersebut. selepas kejadian tersebut kami terus naik dan menyalin pakain untuk pulang. kemudian kami pulang semula kesekolah....................... disini ana nak memberitahu bahawa kisah yang diceritakan tadi adalah kesah benar. oleh kerana allah mahu menyelamatkan kedua orang tersebut maka selamatlah, pada pendapat ana jikalau arif terlambat 3saat atau tidak datang untuk menyelamatkan syihan dengan takdir allah mungkin syihan kini sudah tiada dimuka bumi ini. ana memberitahu kerana kejadian ini benar-benar berlaku dihadapan mata ana dan ketika itu ana dapat melihat keadaan syihan terkapai-kapai dalam keadan lemas dan panik disamping nafasnya yang tersekat-sekat dengan air. Ana mengharapkan agar semua pembaca tidak menyebarkan kisah ini kepada orang lain....paham....oleh itu ana nak memberi pengajaran agar kepada semua orang yang mandi ditempat yang dalam atau tempat yang tidak dapat dipijak supaya belajarlah berenang dan rasul pun telah berpesan dengan sabdanya: ajarlah anak kamu berenang, memanah, dan menunggang kuda. wassalam.........................

Isnin, 5 Januari 2009

Kumpulan Nasyid


Kumpulan Najahan

Gambar diatas menunjukkan ahli kumpulan Najahan. Najahan ini adalah sebuah kumpulan dibawah nama Sekolah Menengah Islam Hidayah. Kumpulan ini dibawah jagaan uzth Muhaini dan ustzh Rohana. Ia ditubuhkan sejak awal penubuhan sekolah hidayah. antara ahli kumpulan ini adalah:-Irfan Masiri(ketua najahan),Mohd Qutaibah(ketua peralatan muzik),Zul Hilmi, Ahmad Qatadah, Ahmad Shairie, Mursyid, Anas Abd Jalil, Anas Kamarul Baharin, Harisy dan Fatah. Kumpulan ini telah banyak memasuki dalam pertandingan dan memenangi banyak hadiah. Kepada sesipa yang mempunyai bakat dalam bidang muzik dan ingin memasuki dalam kupulan Najahan, perlulah dia datang ke uji bakat yang akan diadakan setiap tahun............ana doakan kepada semua agar berjaya memasuki......insyallah.....wassalam....

Malam Galaksi Hidayah

Malam Galaksi Hidayah 2007


pada tahun 2007 SMIH, telah mengadakan Malam Galaksi bagi mengumpul dana untuk membina sebuah Komplek Tahfiz, 3 tingkat. program ini dianjurkan bawah pengurusan sekolah. Ia berlangsung di dewan Persada Johor di Johor Bahru. Antara hadirin yang hadir termasuk ibu bapa dan guru. Antara tetamu yang disemput ialah kumpulan Raihan.




disini juga ingin memberi tahu bahawa kumpulan nasyid sekolah iaitu kumpulan Najahan telah mempersembahkan 3 buah nasyid yang terdiri daripada 10 orang ahli iaitu Anas Azlan, Munzir, Harisy, Zubai Afiq, Qatadah, Qutaibah, Irfan, Afiq Naqudin, Anas AJ. program ini akhirnya dapat memberikan manfaat yang banyak dalam pembinaan banggunan Komplek Tahfiz. sesiapa yang rasa diri dia kaya sumbanglah duit ke Sekolah Hidayah. wassalam