Rabu, 7 Januari 2009



Hari Gembira Selepas PMR


selapas tamat PMR pada tahun 2008, kumpulan MDP Muhammad Syihan dan Mohd qutaibah, telah mengadakan rehlah ke Star Hill. tempat ini tidak jauh dari Sekolah Hidayah kira-kira dalam 5Km sahaja dan mengambil masa salama 5minit untuk sampai ke destinasi ini. Star Hill ini biasanya dibuka pada jam 9.30. disini ana suka untuk menceritakan pengalaman ana mengikuti rehlah bersama MDP Syihan dan Qutaibah. Rehlah ini bermula di sekolah hidayah, ahli-ahli MDP semua berkumpul di sekolah. ana dan kawan baik ana Amni dengan tidak malunya mengikuti mereka (kumpulan MDP) ke rehlah ini. kami bertolak menuju ke destinasi pada pukul 9.45 pagi dengan menaiki kereta my mother iaitu ustzh Wan Noraini. setelah tiba disana kami terus mendaftar untuk masuk. harga seorang remaja RM10-RM15(hari cuti). sebelum kami bermandi manda kami bermain bola dahulu, disana disediakan sebuah padang, tetapi taklah besar sangat. Kemudian,setelah tamat dan penat bermain, kami baru mulakan mandian. Disana terdapat sebuah gelongsor yang besar, disitu hanya boleh bergelongsor dengan menggunakan pelampung yang disediakan. Kami mandi sambil mangambil gambar. setelah seronok bermandi manda sehingga tak ingat dunia akhirat akhirnya berlaku sebuah teragedi. dikawasan yang paling dalam disitu terdapat sebuah replika berbentuk sebuah kapal. oleh kerana seronok sangat, kami semua pergi ke kapal itu, saya adalah orang yang pertama tiba di kapal dan masih ramai yang berada didalah air dan menuju ke kapal tersebut. oleh kerana terlalu dalam, dalam jarak 1.8meter maka kawan baik ana syihan tiba-tiba terkapai-kapai meminta tolong, dalam keadaan begitu penjaga di Star Hill tersebut memberi amaran agar semua jauhkan dari tempat dalam itu, ketika ana hendak cuba untuk menyelamatkan syihan tiba-tiba afiq arif terjun dan meluru kearah tersebut. setelah afiq dapat mencapai badan syihan namu beliau ikut serta terkapai-kapai, akhirnya qutaibah melemparkan pelampung dari atas kapal dan dengan pelampung tersebutlah dapat menyelamatkan kedua-dua orang tersebut. selepas kejadian tersebut kami terus naik dan menyalin pakain untuk pulang. kemudian kami pulang semula kesekolah....................... disini ana nak memberitahu bahawa kisah yang diceritakan tadi adalah kesah benar. oleh kerana allah mahu menyelamatkan kedua orang tersebut maka selamatlah, pada pendapat ana jikalau arif terlambat 3saat atau tidak datang untuk menyelamatkan syihan dengan takdir allah mungkin syihan kini sudah tiada dimuka bumi ini. ana memberitahu kerana kejadian ini benar-benar berlaku dihadapan mata ana dan ketika itu ana dapat melihat keadaan syihan terkapai-kapai dalam keadan lemas dan panik disamping nafasnya yang tersekat-sekat dengan air. Ana mengharapkan agar semua pembaca tidak menyebarkan kisah ini kepada orang lain....paham....oleh itu ana nak memberi pengajaran agar kepada semua orang yang mandi ditempat yang dalam atau tempat yang tidak dapat dipijak supaya belajarlah berenang dan rasul pun telah berpesan dengan sabdanya: ajarlah anak kamu berenang, memanah, dan menunggang kuda. wassalam.........................

1 ulasan: